ENTITI PERUNDANGAN

Lokaseek Enterprise (perniagaan di sebalik lokaseek.com) didaftar dan berasas di Negeri Sembilan, Malaysia ("Lokaseek", kita" atau "kami").

Kami memberikan perkhidmatan tempahan secara atas talian untuk tempat-tempat yang menawarkan perkhidmatan aktiviti dan majlis, penginapan, pengangkutan dan insurans/takaful kelompok (“Perkhidmatan”) di laman web lokaseek.com ("Laman Web"), dan ia disokong di seluruh dunia oleh kumpulan syarikat tempatan ("Kumpulan Syarikat Tempatan"). Syarikat sokongan hanya memberikan sokongan dalaman kepada Lokaseek Enterprise. Syarikat sokongan tidak memberikan Perkhidmatan dan tidak memiliki, mengoperasi atau mengurus Laman Web atau laman web yang lain.

Bagi semua pertanyaan mengenai Lokaseek, Perkhidmatan (contohnya, perkhidmatan tempahan atas talian) dan Laman Web, atau jika anda ingin menghantar atau menyampaikan sebarang dokumen, surat, notis atau komunikasi yang lain mengenai Lokaseek, Perkhidmatan, Laman Web, atau untuk pertanyaan mengenai akhbar, sila hubungi Lokaseek Enterprise secara terus.