DAFTAR PREMIS ANDA

Lokaseek merupakan platform pertama di Malaysia yang menyenaraikan tempat-tempat yang menyediakan fasiliti bagi aktiviti fizikal, dewan seminar, dewan perhimpunan, tempat majlis keramaian dan tempat aktiviti keluarga dalam satu laman web.


Anda mahu senaraikan tempat anda di di sini? Sila pilih jenis lokasi anda:

OUTDOOR + INDOOR

Lokasi yang mempunyai fasiliti bagi penginapan dan aktiviti secara indoor dan outdoor contohnya bagi program-program teambuilding, program motivasi, program badan beruniform atau kursus kegiatan fizikal.

DAFTAR LOKASI ANDA DI SINI

DEWAN SEMINAR

Lokasi yang mempunyai fasiliti hanya untuk aktiviti secara indoor contohnya bagi program ceramah, seminar, konsert, kelas, konvensyen atau kursus professional.

DAFTAR LOKASI ANDA DI SINI

MAJLIS PERNIKAHAN/ PERKAHWINAN

Lokasi yang mempunyai fasiliti bagi acara-acara pertunangan, pernikahan atau perkahwinan tidak kira agama atau jenis upacara.

DAFTAR LOKASI ANDA DI SINI

KELEBIHAN MENDAFTAR BERSAMA KAMI

Luaskan potensi premis anda

Lokaseek merupakan satu-satunya laman web yang menyenaraikan premis aktiviti dan program di Malaysia. Premis anda bakal dilawati oleh jutaan pengguna bukan sahaja dari Malaysia, malah seluruh dunia. Tenang, kami buatkan anda terkenal.

Memudahkan urusan anda

Lokaseek berfungsi untuk berhubung dengan prospek dan pelanggan. Kami menguruskan bahagian promosi, urusan pembayaran, 24-jam khidmat pelanggan dan tempahan yang melibatkan birokrasi rumit. Anda? Terima tempahan, dan sediakan keperluan tempahan. Tenang, kami buat semuanya untuk anda.

Menjimatkan kos anda

Lokaseek menyediakan sistem tempahan dan bayaran premis anda terhadap pelanggan. Kami juga mempunyai sistem untuk memasarkan serta mengiklankan premis anda. Oleh itu, anda tidak perlu keluarkan kos sistem tempahan atau pemasaran, Tenang, masalah kos anda kami selesaikan.

BAGAIMANA KAMI BERFUNGSI?

Kami akan memasarkan laman web kami melalui pengiklanan di media sosial, kempen secara 'offline', jelajah promosi di setiap bangunan jabatan kerajaan atau karnival, dan pengagihan barangan istimewa terhadap prospek. Para prospek akan mengenali lokaseek.com seterusnya menimbulkan minat untuk melayari laman web ini bagi memilih dan membuat tempahan bagi majlis atau program mereka.

Setelah pelanggan melayari laman web kami dan berhasrat untuk memilih premis anda, mereka akan menekan butang 'Tempah Sekarang'. Link tersebut akan membawa kepada aplikasi Whatsapp kami. Kami akan berhubung dengan mereka, catat segala butiran tempahan, dan hubungi pihak anda secepat mungkin untuk memastikan anda boleh menerima tersebut. Setelah anda bersetuju untuk mengambil tempahan tersebut, kami akan hubungi pelanggan semula bagi menyerahkan Sebutharga atas nama Lokaseek Enterprise.

Setelah pelanggan bersetuju dan pasti ingin menempah, suatu surat pengesahan tempahan akan diberikan kepada pelanggan. Kami memastikan agar pelanggan mematuhi arahan dan syarat yang dikenakan seperti pembayaran deposit atau surat pengesahan daripada pihak pelanggan. Kami juga akan menghantar surat pengesahan semula daripada pelanggan satu minggu sebelum program atau majlis diadakan. Segala makluman dan dokumentasi mengenai urusan ini akan dimaklumkan kepada pihak anda melalui emel tanpa sebarang ketinggalan.

Segala bayaran deposit atau pembayaran penuh akan disalurkan melalui akaun kami terlebih dahulu. Kemudian, wang tersebut akan diserahkan kepada pihak anda dalam tempoh kurang daripada 24 jam daripada pembayaran tersebut. Kami juga akan menyerahkan Invois Rasmi dan Resit kepada pihak pelanggan atas nama Lokaseek Enterprise. Sepanjang majlis atau program berlangsung, anda dan pelanggan boleh berhubung dengan pihak kami tentang sebarang masalah berkenaan isu tempahan dan pembayaran setakat bidang tugas kami.

Setelah anda menyelesaikan tugasan anda, kami akan berhubung dengan pihak pelanggan untuk mendapatkan maklumbalas terhadap pengalaman mereka ketika di premis anda. Sebarang komen dan penambahbaikan, akan dicatat oleh kami dan menyerahkannya kepada pihak anda.