TENTANG LOKASEEK ENTERPRISE


Lokaseek Enterprise (CA0305042-A) merupakan satu entiti perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2020 di Seremban 2, Malaysia. Lokaseek ditubuhkan bagi mengendalikan laman web lokaseek.com yang menyenaraikan dan memberikan perkhidmatan tempahan secara mudah bagi premis-premis yang menyediakan kemudahan aktiviti dan majlis, pengangkutan tidak berkala dan perlindungan insurans kelompok. Laman web ini bakal berkembang dari sebuah syarikat 'start-up' kecil ke salah satu syarikat tempahan premis digital terkemuka di dunia.

Lokaseek menyediakan perkhidmatan:

  • Tempahan premis yang menyediakan perkhidmatan tempahan premis yang menyediakan kemudahan aktiviti dan majlis;

  • Tempahan pengangkutan secara pukal seperti bas dan van, terutamanya yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti atau majlis;

  • Tempahan insurans atau takaful kelompok, terutamanya yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti atau majlis;

  • Pembayaran tempahan yang memudahkan;

  • Khidmat pelanggan 24 sehari, setiap hari;

  • Jaminan keselamatan tempahan.


Nama Dan Alamat

LOKASEEK ENTERPRISE

(CA0305042-A)

221-2B, Tingkat 2, Jalan Haruan 5/6,

Pusat Komersil Oakland II,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan



Pemilik dan Staf

Muhammad Farid Wajdi bin Hanif (pemilik & co-founder)

Afiq Arif bin Aminuddin Jafry (co-founder)


Pendaftaran Perniagaan

No.Pendaftaran SSM: 202003197908 (CA0305042-A)


Bentuk perniagaan: Milik Tunggal


Tarikh mula berniaga: 10 Ogos 2020